Blogger Backgrounds

Saturday, 4 February 2012

Early 2012.

Assalamualaikum semua. (^___^)/

Thanks sebab  still nak buka and baca blog Amoy ni. 
okay, post kali ni Amoy nak cerita pasal awal tahun baru 2012.
\(^___^)/

Based on tajuk ni, mesti korang ingat Amoy nak cerita pasal sambutan tahun baru kan ?
sebenarnya, Amoy tak nak cerita pun pasal tu. 
Amoy nak cerita pasal 7 Januari  2012.
kawan lama Amoy and Mak B(Linda) datang,
dah menjadi kewajiban kami, kalau Jah datang, kami kena 
hangout bersama. tak kira lah mana-2 sekali pun.

So, Mak B bagi lah suggestion.. dia suggest supaya kali ni kami
lepak-2 kat KLCC dengan Jah.
Lagipun, kami tak pernah jejak kat KLCC bersama-sama.
So, idea Mak B kami terima dengan besar hati.

Sebelum sampai KLCC, kitrang singgah dekat Berjaya Times Square dulu.
Saja nak merayau-rayau. Lepas kitrang dah puas merayau dekat 
Times Square, baru lah kitrang g KLCC.


sementara nak tunggu monorail datang, snap a picture first.
- monorail Titiwangsa -

we were heading to KLCC.





Sampai je dekat KLCC, kitrang amek sit dekat depan kolam buatan di antara mall KLCC and taman.
Sempat lah juga si Mak B snap gambar kami dekat situ
dengan camera DSLR dia yang baru dia beli masa PC Fair dekat KLCC.

pinjam glases si Jah.


 
rapat nya Jah dengan Mak B.
macam adik beradik.


dah puas snap gambar kat situ, kitrang pun nak relax-2
dekat taman yang berdekatan. So, kitrang pun gerak  untuk mencari port 
yang agak-2 baik untuk kami relax-2 and bebas
dari segala pemandangan yang boleh membawa kepada penambahan
dosa or usikan-2 dari budak-2 nakal.

Jah.


with Mak B.


this picture was taken by Mak B.

with Jah.


kitrang lepak kat KLCC agak lama jugak, and then kitrang 
gerak balik ke kolej pun, dah malam.
kitrang sampai kolej hampir pukul 10-11 malam.
seriously, kitrang penat tapi berbaloi kot !
hahaha 

tu je lah yang amoy nak cerita pasal awal tahun 2012. hahaha
nice starting year ! haha
happy kot !



I'm so sorry.

Assalamualaikum and salam sejahtera semua. 
ewahh..macam nak bagi ucapan plak kan ? haha
korang semua macam mana ? sihat kah ? haha 

okay, straight to the point..
tajuk hari ni kena sangat sangat dengan apa yang amoy nak luah kan.
Amoy nak minta maaf dekat awak-2 semua sebab dah lama tak menulis blog.



 I know
some of you guys ni bila online je, mesti buka blog amoy kan ?
sorry sangat ye. I'm too busy this semester. haihhh...sampai
amoy jatuh sakit banyak kali dalam sem ni sebab terlalu banyak
kerja and tekanan.

bukan niat untuk amoy nak memperanak-anak-tiri-kan blog ni, 
tapi masa tak mengizin amoy untuk menulis blog. 
masa tido pun tak cukup ini kan masa untuk menulis blog. haihh..
I'm so sorry for once again.
wink-wink ! *nak ambil hati*



sebenar nya amoy ade je buat activities sepanjang sem ni,
contoh nye overnight buat julung2 kali nye selepas hampir setahun lebih 
tak overnight, pergi theme park kat Times Square, tengok movie and 
macam-2 lagi lah. nanti amoy tulis kan dalam blog ni yea.
hope anda semua sabar. 




Wednesday, 2 November 2011

kempunan.!

Wednesday, 02/11/2011

Salam blog.

adeehhh.. aku tengah kempunan nak makan banyak benda
selama aku cuti semester ni. hahaha

kempunan aku start dengan nak makan ayam goreng.
adehh..kalau aku kat kolej, sampai
aku tak larat nak hadap ayam goreng. hahaha
erti kata lain, senang lah nak dapat and makan.



okay. kempunan ayam goreng tak abes lagi, tak lama pas tu plak 
aku kempunan nak makan carbonara pulak dah !
huhuhuhuhu.. adehh.. sedap nye ! 


tu kisah carbonara. then aku kempunan nak makan laksa penang
plak. adehh.. teringat aku kat laksa penang mak cik yang jual kat area kolej aku.
hahahaa.. apam balik dia pun terbaik laahh !
sedap gile laa ! nih yang buat aku bertambah tak
sabat nak balik kolej. huhuhhuh.


okay, lepas tuh plak.. aku kempunan nak makan laksam plak.
hhaha adek beradik si laksa lah jugak.
aku akan beli time pasal malam kat nan area kolej aku.
ri isnin. hahahaa adehh.. kat kedai akak tuh. laksam dia
perrgghhh.. superbb ahh..! huuhhuhuh



nk dapat semua nih payah sikit.
tetambah kalau kat umah nih, lagilah. huhuh
bukan semua nak ikot selera aku. kang tak pasal je
aku kene ketuk nan mummy aku.
hahahhaaa.. adehhh.. sumpah aku tak sabar nak balik kolej bile terkenang kan
makanan-makanan yang aku tgah kempunan spanjang cuti sem nih.
haaaiiisshh.. ape pun tak boleyh. hahahah


errr..hhuhu

Tuesday, 01/11/2011

Salam blog.

hari Jumaat nih, bersamaan dengan 04 Oktober 2011,
mesti ramai kan yang ngadap tv. hahaha
well, anugrah skrin kan.
sedang artis-artis yang dah tercalon tu gementar
dorang menang ke tak kan.



aku and dak-dak UiTM pulak lain cite nye.
kitrang gementar pasal result kitrang kluar Jumaat nih.
adehh !! aku rasa tenat ouh.!
pape pun, aku kne pasrah la kan.
huhuhu



macam-macam lah perasaan aku sekarang nih. huuuhuh
jap aku rase tenang, then tetibe aku ase macam
sasau sikit, pas tuh plak aku rasa macam
nak marah lah. 
pokok nya, aku tak rasa tenang lah !
huhuhu





aku tak rase plak aku tercalon untuk dapat dekan sem nih. huhuhu
nampak nye, terpakse lah
aku kne struggle lebih sikit sem akan datang nih.
sape tak nak dekan kan ?
aku nak jugak nek stage yang di idam-idam kan
semua dak-dak UiTM. 




semester akan datang ni pun tak lame lagi nak start dah.
ade lah lagi dalam dua minggu lebih saki baki
cuti semester kitrang. haishh..
pas dapat result, mesti tangan aku tak kan berpisah nan
hand phone. nanti ramai lah yang text and call aku.
hahahhaa 
semata-mata nak tau aku nye result.
kat telinge nih dah terngiang-ngiang soalam-soalan
yang dorang nak tnye.
hahahaha

pape pun, all the best ahh ! hahhaha




Happy Birthday K A W A N .

Monday,   24/10/2011


Salam blog.

October 24. satu tarikh yang aku kne ingat even dah macam-macam 
yang jadi antara makhluk Allah nih spanjang perkenalan kitrang.
sape? haahhaa 
dia seorang lelaki yang agak tinggi. (sangat tinggi okay.)
berwajah agak korean sikit, style die pun
lebih kurang lah jugak ke arah korean style and dia nih
kira salah seorang peminat K-pop lah jugak.

tarikh yang aku sebut kan tadi tuh, sebenar nya tarikh birthday dia.
hahahaha aku nih takde lah zalim mane pun,
aku tetap anggap die SAHABAT aku.
takde rase dendam, takde rase benci, and rase nak bermusuh?
lagi lah takde kan. hahahaha




pape pun, aku dah wish birthday die. hahaha aku tak tau lah
 aku nih orang first  wish ke tak kan. hahha
perlu pulak aku nak fikir macam tuh kan? hahahah
janji aku tak tunjuk yang aku nih budak-budak sangat.
lagipun, bende dah lepas kan, bia je lah. aku hope sangat pas nih
life die happy lah bersama-sama nan KAWAN-2 
dia yang BAIK , BAGUS , and CARING tuh .
Amin!



thanks a lot F R I E N D S .

Saturday, 22/10/2011

Salam blog.

first of all, i would like to thanks for those who are still keep reading ,
follow my blog and keep waiting for my update post. hahaha
=D

okay. tittle kali nih,

" Thanks a Lot F R I E N D S . "

sebenar nye nak letak tajuk

" I'm Not Okay "

bukan lagu yang di bawa oleh My Chemical Romance (MCR) yea.
sebab nak letak tajok nih, maybe sebab mase aku nak
mencorat coret nih pun, dalam keadaan
yang tak brape nak okay sangat lah. aku
tengah marah, bingung, sedih and rase macam nak blasah orang
pun ade jugak. hahaha

okay. macam nih ,
aku terbace something yang dah buat darah aku menyirap dekat
wall facebook kakak super senior aku.
dari sape lagi, kalau bukan dar dak bilik aku yang
ntah ape yang die sakit hati nan aku sangat tuh.
okay, maybe ni bende kecik je, tapi kepada sesiapa yang tau
masalah nih, dorang tau lah.

bile aku terbaca apa yang pompuan tuh cakap.
tetibe je teringat ape yang dah jadi sem nih.
aku ade cite sikit pasal kes nih kat blog
jugak dalam post yang
ber-tittle
" haishh.. "

seriously, aku tak faham lah dengan dorang nih.
sape?
hurm.. kalau di ikut kan hati, memang nak je
aku mention name dorang tuh.
tapi, xnk lah.

dorang nih dak-dak rumah aku jugak.
sorang tuh dak sebilik nan aku.
yang lagi dua orang, bilik sebelah.
laki pun ade jugak. dua orang.
sorang EX-BOYFRIEND and sorang lagi,
boyfriend salah seorang dari minah-minah
bajet HOT , ANGGUN , dan di  SUKAI RAMAI .


yang aku pelik sangat, perlu pulak dorang nak
sakit hati dengan aku.
kalau EX-BOYFRIEND aku tuh tak kesah lah kan.
aku faham lah kenapa dia
nak sakit hati nan aku. sebab aku
dah agak dia nih JENIS yang
TAK DAPAT  TERIMA  KENYATAAN .
and BAJET dia nih MATANG .


aku admit aku nih childish .
at least aku tau bukan nya orang yang tak boleh
terima kritikan orang and aku jugak dapat terima kenyataan untuk sesuatu
yang dah jadi tak kira lah baik or buruk skali pun.


semua nih jadi lebih teruk dari yang aku jangka kan
bila ada LALAT-LALAT
berkeliaran di sekeliling dia ni and
membunyikan SUARA-SUARA  yang membingit kan
langsung menyemarakkan lagi
API  yang kian MEMBARA .


then, bukan aku sorang je yang pelik ,
orang - orang yang selalu di samping aku pun turut
pelik. sebab? kenapa?



hehehe yelah, orang yang TAK BERKAITAN tetibe
je turut nak MASUK CAMPUR dalam hal ni.
asal lah dorang saket hati nan
aku sangat pun aku tak tau lah.

yang  COUPLE  nih pun satu hal.
ape lah yang korang sakit hati nan aku hah?
aku tak penah pun nak kacau relation korang.
haishh.. pelik !



okay, aku tau.
selalu nya lah kan, kalau orang macam korang nih buat macam nih,
maksud nya korang rasa TERANCAM nan aku kan?
tapi kenapa pulak korang nak rasa macam tu?
bagus sangat kah aku di mata
korang sampai korang anggap aku ni
ancaman korang ?
hurmmm..

now, kepada dua orang dak pompuan yang takda kena mengena dalam hal ni.
okay. aku tau korang CANTIK  , ANGGUN ,
and korang jugak pandai BERGAYA .
tapi sayang, korang ni agak bodoh di mata aku.
sebab, korang ikut kawan kau yang
takda MANNER tu.
secara tak lansung membuat kan korang jugak
hilang MANNER .
ape masalah dak-dak ni dengan aku pun, aku tak tau lah.
so, aku klasifikasi kan jugak,
yang mereka ni rasa TERANCAM dengan aku.


ouh. ade lagi satu. masih panas lagi nih.
untk pompuan yang sebilik nan aku. aku tak faham nan dak nih sejak
awal kitrang jumpe, sekitar bulan Jun 2010.
ouh.. back to the topic.
ehh, suke hati aku lah pompuan..aku nak berambus dari bilik tu,
or nak bakar bilik tu ke, aku nak tukar katil ke,
aku nak cat bilik ke, or aku nak ape ke. lantak lah kat aku. yang kau
nak buat ayat saket hati nan aku pehal ?
mental problem kah kau ?
and please lah, jangan nak bajet kau bandar sangat ahh !
dasar budak culture shock !




okay, aku ucap kan JUTAAN TERIMA KASIH
kat korang berlima sebab dah buat
macam-macam kat aku.
tapi sayang sangat, korang dah silap pasal aku.
korang ingat aku nak kecoh-kecoh macam korang ?
ingat aku nak pegi serang korang ?
hehehe.. jawapan aku,
" memang tak ahh "
sebab ?




sebab, aku tau korang memang sengaja nak aku marah
and sakit hati kan. SYABAS ! TAHNIAH !
korang dah buat aku menangis and betul-betul
sakit hati. tapi aku tak tunjuk kan kat
korang lah kan. aku sorok-sorok kan semua tu dari korang.

sebab tu lah jugak bile kat depan korang, aku buat macam
xde pape pun yang jadi. hehehehe
tapi, korang lak yang sakit hati lebih-lebih kan ?
aneh - aneh je korang nih !


Friday, 21 October 2011

kawan lama . . .

salam blog.

kali nih aku nak story pasal membe.
bukan pasal membe tikam blakang or pape. just a friend.
nih nak story pasal seorang membe aku time aku skolah teknik kat 
Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai, Pulau Pinang.


okay. kawan aku ni berjantina lelaki. full name die, aku tak tau sgt lah.
yang aku tau name die Hafiz. aku baru-baru nih ade add die kat
facebook. tu pun secara tak sengaja terjumpe facebook die.
and nasib baiklah aku cam sikit muka dia.
kalau tak, sampai kesudah aku tak add dia. hahaha



name facebook dia nih pelik sikit.
watari blues ckoji.
haaaaaa..pelik kan? aku pun tak tertanya kenapa dok
letak nama aneh tuh. ade sejarah ke nan nama tu?
entah lah. nnt aku try tanya dia.

aku ada tnya dia, dia knal aku dr form 4 or form 5.
dia kata maybe form 5.
okay. time form 5, dia class 5 kejuruteraan elektrik 1.
dak pandai! haahaha
aku plak 5 kejuruteraan mekankal 2.
class paling harok !

hehehehe, aku happy lah kawan nan die nih, even aku tak kenal die sangat
and die pun cam aku jugak, tak kenal aku sangat, tapi
tak bermakne kitrang tak boleh kawan rapat kan?
yelah, dulu time skolah stakat tegur-2 
biasa ja. hehehe bukan nya nak sembang ape
sangat pun.hehehe

yang best and buat aku terharu tu, even kitrang tak rapat,
die still engat aku ! hahahahaa
thanks a lot lah weh !

aku rasa tu je kot nak cite pasal mamat nih. hahahaa
nak cite byk pun, tak boleh
sebab aku bukan tau sgt pun pasal die nih. hehehe
yang aku tau, die skarang study kat 
Universiti Pertahanan,
and dia study kat universiti nih dalam
Engineering in Electrical & Electronic ( power )



sekian corat coret aku pasal my ex-schoolmate/teknik.